KOSMO! has published a feature article on new Perak Transit, which is the only bit of information we’ve got so far after the wide media coverage on the Minister in the PM’s Office, Datuk Nazri’s inauguration of the spanking new maroon-coloured stage buses in Kuala Kangsar last 2 weeks. The Utusan-owned Malay tabloid’s article bears the title ‘Modernizing Stage Buses’.

TRANSIT wants to ask, will the 100% private-backed funding initiative work? Is the consortium a cartel (monopoly, which gives little incentive for the operators to improve), because CBS dumped huge amount of money to buy land in Meru Raya (a badly thought hands off approach by the government) to develop ‘Ipoh Sentral’. With the commotion of the inefficacy of Ipoh Sentral as a true hub for Ipoh stage buses still visible in thick air, we can assume CBS may use its exclusive ownership of the Ipoh Sentral to garner wide influence in seeking exclusivity in the rights to serve greater Ipoh’s stage bus users.
Modernizing Mass Transit is more than throwing spanking new buses on the road. In cities with effective bus services, more often than not the operators are made to tender on contracts predetermined by the government (the routes and schedules which are based on passenger demand analysis). There should be ownership by the state transport authority to govern and coordinate mass transit support systems (terminals, depots, staging areas, dedicated bus ways etc) with increased ease of mobility and productivity as the end goal.
The proposal by TRANSIT for the Greater Ipoh Mass Transit System can be found here.
Memodenkan bas henti-henti
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.myTEMPAT duduk tidak selesa, lantai berbunyi dan panas berbahang bagaikan matahari. Itu antara rungutan biasa sebahagian besar pengguna perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas henti-henti di negeri Perak. Dengan kebanyakan bas yang digunakan mencecah usia dua dekad dan lebih, senario penumpang terutama pengunjung dari luar negeri ini yang resah tatkala menggunakan perkhidmatan itu bukanlah menghairankan.
Bahkan bagi banyak pihak, bas awam tempatan di negeri itu dikatakan bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan pemegang-pemegang permit Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Lembah Klang mahupun Pulau Pinang. Ternyata dakwaan sedemikian mempunyai asasnya jika diambil kira kondisi bas-bas berkenaan.
Meskipun ada beberapa syarikat yang membuat pelaburan menggantikan unit sedia ada, namun jumlahnya terlalu sedikit. Inisiatif tersebut sebenarnya langsung tidak memperlihatkan usaha serius pihak terbabit untuk memodenkan perkhidmatan yang ditawarkan.
TRANSLATION:
Uncomfortable seats, squeaking floor and scorching heat; these are the usual complaints by users of the 2-decade old Perak stage buses, which evidently is a far cry compared to those offered by the CVLB permit holders in the Klang Valley. Only a few companies invested on new replacements.Keadaan daif bas henti-henti yang masih beroperasi juga secara langsung telah memberikan imej negatif kepada orang luar khususnya pelancong asing. Perkara itu diakui seorang pengusaha agensi pelancongan yang mempunyai cawangan di beberapa buah dearah di Ipoh, Abdul Bhukari Baharuddin, 36. Menurutnya, keadaan fizikal bas henti-henti di negeri itu termasuk yang beroperasi di sekitar pusat bandar raya Ipoh menjadi halangan kepada ejen pelancongan mempromosikan pengangkutan awam kepada pelancong.
“Ipoh merupakan kota kedua yang diisytiharkan sebagai bandar raya selepas Kuala Lumpur namun apa yang ditawarkan syarikat-syarikat bas tempatan sangat mendukacitakan. Kita cukup malu untuk promosikan konsep pelancongan pengembaraan kepada pelancong luar,” katanya.
Abdul Bukhari, tourism agency owner lamented on the physical condition of the stage buses and on how it became a deterrent for agencies to promote public transit to tourists. “Ipoh is the second town declared to be officially upgraded to city status after Kuala Lumpur, but the (bus) services offered by the local operators are saddening. We are deeply ashamed to promote the touring-thru-expedition concept to the tourists,” he said.
Apa yang pasti, sentimen yang sama turut dirasai seorang pengguna tetap perkhidmatan bas awam, Mansor Abdullah, 43, yang menetap di Chemor, kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar raya Ipoh. Dia yang menggunakan bas awam untuk pergi dan pulang ke tempat kerja di sebuah agensi kerajaan di Pusat Perniagaan Greentown, Ipoh, memberitahu, para penumpang seolah-olah ‘terpaksa’ membayar tambang sedangkan perkhidmatan yang diperoleh tidak setimpal dengan apa yang dikenakan.
“Kadar tambang ditentukan LPKP berdasarkan jarak atau per kilometer. Namun, kualiti yang kami terima tidak seperti yang dinikmati penduduk Lembah Klang yang merasai RapidKL, begitu juga RapidPenang di Pulau Pinang,” katanya.
Namun, Mansor bersyukur kerana syarikat penyedia perkhidmatan bas awam Ipoh-Kuala Kangsar, The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (CBS), yang digunakannya sejak lima tahun lalu mula mengorak langkah menaik taraf bas-bas di laluan berkenaan.
“Saya sendiri terkejut apabila beberapa minggu lalu bas syarikat berkenaan yang sebelum ini kusam dan ‘tidak ceria’ mula bertukar wajah dan warna.
“Pada pengetahuan saya, syarikat berkenaan merupakan yang pertama melaksanakan pemodenan unit-unit bas khususnya yang berpangkalan di Terminal Bas Medan Kidd di Ipoh,” katanya.
The same sentiment is shared by a frequent bus user who stay 28km from Ipoh, and said passengers were made to pay the fare which is not proportionately matched to the level of the service quality offered. He further lamented that despite abiding by the CVLB’s distance-based fare rate, the services are much poorer than those enjoyed by those in Penang and the Klang Valley. Nonetheless, he is happy that The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (CBS) is the first to offer the modernization of the current fleet based in the Medan Kidd bus terminal.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengarah Urusan CBS, Chong Kong Fitt ketika ditemui Kosmo! menjelaskan pihaknya telah menggantikan sepuluh unit bas lama bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar. Katanya, CBS yang menaungi tiga syarikat pengendali perkhidmatan bas henti-henti utama di Perak menyasarkan untuk menaik taraf sepenuhnya baki 140 buah bas miliknya dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Tiada siapa yang paksa kami melakukannya (menaik taraf bas) dan ia dilaksanakan demi mengambil kira kepentingan pengguna setia perkhidmatan yang kami tawarkan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Jelasnya, buat permulaan sebanyak RM8.4 juta telah dilaburkan bagi menggantikan 20 unit bas iaitu bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar dan sekitar bandar raya Ipoh.
Katanya, pembelian bas-bas baru terbabit merupakan sebahagian komitmen CBS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Perak yang sebelum ini dilihat masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
“Sebanyak 10 buah bas generasi baru yang setiap satunya berhawa dingin dan menyediakan 44 tempat duduk yang selesa telah dilancarkan bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar.
“Bas-bas terbabit akan menggunakan jenama baru iaitu Perak Transit. Namun, apa yang mengujakan, sebanyak 10 buah lagi iaitu bas lantai rendah lower deck yang mesra golongan kurang upaya bagi laluan sekitar pusat bandar raya Ipoh sedang disiapkan,” katanya.
Majlis pelancaran sepuluh unit bas baru bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di pekarangan Stesen Bas Kuala Kangsar pada 12 Disember lalu.
Tambah Kong Fitt, sebanyak 25 buah bas moden bagi beberapa laluan lain juga sedang dibina dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2010.
The Operating Director of CBS, Chong Kong Fitt explained that the company has replaced 10 old buses for the Ipoh-Kuala Kangsar route with new air-conditioned, 44-seat buses. For the start, RM8.4 million has been invested to replace the current 20 Ipoh-Kuala Kangsar and Ipoh city buses. The delivery of ten new low floor buses for the disabled is underway. Another 25 buses for other routes are to be delivered in mid-2010.
Ketika ini, katanya, CBS menaungi tiga syarikat iaitu The General Omnibus, Kinta Omnibus dan Ipoh Omnibus yang ditubuhkan pada 2006 lalu dan beroperasi dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta.
“Dengan bernaung di bawah satu bumbung, semua syarikat terbabit dapat bersaing dengan sihat.
“Namun, apa yang lebih mustahak, ia sebenarnya memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.
He said CBS, established in 2006 with paid up capital of RM10 million, is the patron for three main stage bus operators (The General Omnibus, Kinta Omnibus dan Ipoh Omnibus) in Perak, and has helped to create ‘healthy’ competition, and more importantly benefits to users.
Jelasnya, penukaran bas-bas syarikat itu kepada unit yang lebih moden dan selesa dilaksanakan selaras komitmen kerajaan negeri untuk menaik taraf Terminal Bas Medan Kidd dan pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu Perak di Bandar Meru Raya.
“Kami berharap lebih ramai warga Ipoh akan menggunakan perkhidmatan bas-bas awam sekali gus mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di bandar raya ini,” katanya.
Sungguhpun begitu, masih ramai dalam kalangan pengguna bas henti-henti yang ditemui mengharapkan komitmen CBS itu dicontohi. Bahkan, ada yang mahu kerajaan negeri dan LPKP campur tangan ‘mewajibkan’ pemilik-pemilik permit bas henti-henti menggunakan unit bas baru dalam operasi mereka.
He explained that the initiative is inline with the state government’s commitment in upgrading the present Medan Kidd terminal and in constructing the new Ipoh Sentral terminal at Bandar Meru Raya, and hoped more Ipohites will use the service to reduce traffic congestion. Nonetheless, many of the stage bus commuters want the state and the CVLB to make compulsory for permit owners to use new buses.