Categories
Authorities Comments on Planning Economic Planning Unit PTOA SPAD / LTC TRANSIT - Commentary

Ketelusan Banci 2020 pemangkin pembuatan keputusan berasaskan fakta

Sempena perjalanan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) yang akan berlangsung antara 7 Julai dan 30 September, TRANSIT Malaysia ingin menggesa kerajaan untuk komited bagi memastikan hasil dari bancian dapat dimanfaatkan oleh rakyat marhaen melalui data terbuka atau ‘open data’. Prinsip-prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urustadbir baik merupakan teras dalam kecekapan sistem penyampaian kerajaan yang menepati keperluan semasa penduduk bandar.

Keperincian dalam bancian isi rumah amat penting bagi merencana penambahbaikan spatial dan pergerakan dalam sesebuah kawasan wilayah perbandaran. Namun, rata-raya masyarakat kita lebih cakna akan pemetaan berkenaan pengaruh politik seperti jumlah undi kawasan DUN dan parlimen tertentu, berbanding dengan pemetaan berkaitan statistik tanda aras kritikal masyarakat seperti:

Sebagaimana kerajaan ghairah untuk mendapatkan data dari rakyat, rakyat juga ghairah untuk melihat data yang dikumpul dapat dimanfaatkan

Statistik pemetaan yang diwartakan oleh jabatan-jabatan kerajaan sering diagregatkan di peringkat mukim atau daerah dan bukannya pada peringkat blok perhitungan (enumeration block). Apa gunanya bancian sekiranya hasil tidak dapat dimanfaatkan oleh pengkaji sama ada dari sektor akademik mahupun agensi awam.

Contohnya, para pengkaji dari Universiti McGill diberi amanah oleh pihak berkuasa untuk menilai keberkesanan pelan pengangkutan awam bandar. Kajian yang dijalankan secara telus dan profesional mendapati pelan berkenaan lebih berat sebelah kepada isi-rumah berpendapatan tinggi, dan kurang memberi manfaat kepada isi-rumah berpendapatan rendah. Kajian ini mustahil dilaksanakan sekiranya data bancian diwartakan dalam format pemetaan agregat (dan bukannya blok perhitungan). Ini disamping ketelusan pihak berkuasa dalam membuka data hasil bancian asal-tuju perjalanan (berasaskan kaedah tinjauan aktiviti perjalanan isi-rumah berbentuk diari, yang langsung tidak digunapakai oleh PEMANDU dalam laporan-laporan perkongsian mod pengangkutan awam di Greater KL).

Tanpa ketelusan dalam bancian, mustahil untuk adanya penilaian terperinci akan keberkesanan sebarang inisiatif penambahbaikan pengangkutan awam. Tanpa penilaian terperinci, mudah untuk mendatangkan soalan-soalan yang tidak pernah terjawab. Seperti mengapa LRT3 dicanangkan sedangkan BRT Lebuhraya Persekutuan telah melepasi fasa preliminary design, dan mengapa MRT digembar-gemburkan sebagai satu-satunya cara untuk menyelematkan Greater KL dari tenggelam dalam kesesakan sedangkan BRT tidak pernah dikaji sebagai senario alternatif. Dan jajaran segmen C ECRL yang mana lebih besar manfaatnya berbanding dengan kos, jajaran Nogori atau Tebing Kuartza Klang Gates?

Sebelum dikuburkan oleh Kerajaan PH (akibat fokus projek mega yang melampau dengan kaedah pengiraan manfaat yang kabur), SPAD tidak mempunyai sumber manusia dan kepakaran teknokratik secukupnya untuk memformalisasikan prosedur penilaian inisiatif pengangkutan awam yang berasaskan fakta, apatah lagi sekarang dengan APAD di bawah telunjuk birokat dalam Kementerian Pengangkutan yang lebih berfungsi sebagai rubber-stamper.

Tanpa ketelusan dalam perincian hasil banci, penilaian yang adil tidak dapat dilaksanakan, dan rakyat akan mudah sangsi akan apa jua hujah yang dikemukakan untuk membuat keputusan membabitkan puluhan bilion duit rakyat. Perjalanan kita masih lagi jauh memandangkan kita masih belum dapat mengikuti amalan terbaik dunia dalam memanfaatkan hasil bancian penduduk dalam menambahbaik proses penilaian manfaat projek-projek pembangunan spatial dan pengangkutan. Justeru itu, TRANSIT Malaysia menggesa pihak kerajaan untuk komited dalam membuka data hasil Bancian 2020 kepada umum secara terperinci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s